Tuesday 21 January 2014

Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) di Kedai Buku MRKB Shah Alam

Kami adalah salah satu kedai buku di Shah Alam yang menerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) tiap-tiap tahun.



Apakah syarat kelayakan untuk menerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)?
1. Warganegara Malaysia
2. Pelajar dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
3. Pelajar dan sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
4. Sedang mengikuti program Pra-Universiti (Program Matrikulasi dan Tingkatan 6)

Bagi pelajar yang ingin menggunakan baucar buku di kedai kami, anda perlu membawa :
1. Kad pengenalan
2. Kad matrik pelajar

Sila pastikan baucar buku anda disahkan oleh sekolah/universiti/kolej dimana baucar buku akan dicop oleh institut pengajian di bahagian belakang baucar. Di samping itu, pelajar juga perlu mengisi 'NAMA PELAJAR' dan 'NO. KAD PENGENALAN PELAJAR' mengikut nama dan nombor dalam Kad Pengenalan Malaysia dan bukannya mengikut Kad Matrik Pelajar.

Antara barang yang boleh dibeli menggunakan Baucar Buku adalah seperti berikut:
1. Alat Tulis
2. Buku Sekolah (PBS, PBSMR, SPM, STPM)
3. Novel
4. Majalah
5. Buku Cerita
6. Buku - buku AM & Agama
7. Peralatan Komputer